Persoalan aku mudah dan mudah juga jawabnya, Maal Hijrah atau Masihi sambutan mana yang diutamakan?
Maal Hijrah 1430-H disambut dengan penuh keinsafan di Masjid dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan di akhiri dengan bacaan doa awal tahun. Syahdu rasa apabila imam membaca doa di dalam bahasa yang aku fahami dan membangkitkan perasaan untuk mengubah diri.
Ketika ini aku sedang menyaksikan siaran lansung sambutan tahun baru 2009, sambutan di dataran bersejarah, meriahnya dan kemeriahan memang mencerminkan Malaysia yang berbilang agama. Langit di corak dengan warna-warni percikan bunga api, diselangi lagu yang menggerakkan khalayak untuk beralun mengikut rentaknya. Memang hebat sambutan dan aku tak tahu bila penamatnya!
Cukup di sini sahaja dan selebihnya aku sembunyikan dalam hati untuk diungkaikan yang mana patut diutamakan antara Hijrah dan Masihi. Sambung menaip minit mesyuarat untuk meeting hari Jumaat ni.
Salam Maal-Hijrah 1430-H, moga percaturan hidup untuk kebaikan akan dipermudah. Amin.