SELAMAT HARI RAYA

Dikesempatan ini kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin andai ada tersilap bahasa, terkasar tutur kata dan sebagainya. Salam Aidilfitri, moga keberkatan hidup ini dianugerahkan kepada kita. Amin..

Laila & Khalid

FSA K Force Riser Bar


FSA's revised Riser looks set to become a racers favourite, thanks to a super low weight.

It uses a big bulge and rise in the middle but a rapid taper for maximum control space on the flat outer span. This means some twang but nothing too alarming and it stops buzz nicely too. A central grip panel and very snug fit with the bar keeps it secure without mad pressure. The carbon Kevlar construction is reinforced under the brake clamps too but not at the tips, so don't go fitting bar ends or cranking your lock on grips up too tight. 20mm rise version also available.

By Bike Radar

Aku sebenarnya teringin nak pakai Carbon Riser Bar, tapi bila fikirkan nature ride aku yang agak ganas ni timbul persoalan samada carbon cukup tahan atau hanya mampu bertahan satu ride sahaja. Terus aku dapatkan nasihat dari saudara Miep yang banyak pengalaman bargain part ni, katanya bila DH kurang confident sikit. Emmm, memang kurang sesuai dengan cara ride aku. Cancell beli..

So semalam after interview di Shah Alam aku terus ke Kedai Basikal untuk menjamu mata sementara tunggu wife habis kerja. Terpikat dengan finishing riser bar ni akhirnya aku memilih FSA K Force-XC Riser Bar walaupun harganya lebih kurang ajer dengan monkey-lite. Bila dah sempurna di pasang perasaan menyesal bazirkan duit beli something yang tak terfikir akan beli tadi hilang. Ngam pulak dengan setup bike aku ni.....emmm...kalau tak sesuai dengan aku nanti sure adalah iklan dalam BBS nanti 50% off.


Sirap Bandung

Gambar diambil semasa bercuti di Sarawak
Bestnyerrr........

Kenapa? Sebab semalam aku termiss bersahur! Kebetulan masa berbuka tu kurang berselera sikit, after Terawih di Masjid UiTM aku gatalkan kaki untuk Nite Ride sejauh 20km. Start kayuh lebih kurang jam 10.30 dan tamat ride jam 11.45, memang semput nak habiskan ride tu. Sampai di rumah ingatkan nak terus bersahur tapi mata tak mengizinkan. Mungkin penat sangat lagipun badan tak recover sepenuhnya after kena demam hari tu. Terus tidur dan mata cuma terbuka bila waktu sahur habis.......aku teringin nak minum sirap bandung....


Melaka Environment Ride 2008

Melaka Environment Ride 2008, satu lagi acara untuk menyeksakan diri akan diadakan pada 26 Oktober 2008 di A Famosa Resort Melaka. Pada asalnya ride ni dinamakan Sahara Ride dan dapat aku membayangkan kesengsaraan mengayuh di bawah panas matahari nanti. Awal-awal lagi aku dah register dan sempat lagi nak workout sikit-sikit selepas sebulan bercuti kayuh di sepanjang bulan Ramadhan ni.

Kenapa Upgrade?

Upgrade biasanya akan menjadi topic utama perbualan para Mountain Biker dan adalah menjadi satu kebanggaan bila MTB kesayangan di equipped oleh Hi-end gear set such as XT or XTR by Shimano and X9 or XO by SRAM manakala rentak serta teknik kayuhan bukanlah sesuatu yang diutamakan, sedangkan pada perkiraan aku itulah yang seharusnya dipertingkatkan. Kadangkala ada yang upgrade MTB mengalahkan setting untuk Olympic or World Cup.Bila dah addicted tak kisah untuk mengeluarkan RM yang besar semata-mata untuk kepuasan upgrade dan aku termasuklah di dalam golongan yang mempunyai nafsu besar untuk kerja-kerja naik taraf MTB ini. Hanya berangan sahaja yang aku mampu, mengeluarkan RM untuk tujuan ini selalunya aku berkira sikit tetapi kadangkala terjebak juga, tak tahan godaan.

Lance Armstrong famously wrote, “it’s not about the bike” dan dia mempunyai asas untuk berkata sedemikian. Mountain biking pada dasarnya adalah pengalaman berkayuh bersama geng-geng melalui single track yang mencabar dan pengalaman inilah akan menjadi sejarah untuk diperbualkan oleh mereka yang berkongsi minat yang sama. Cukup rasanya dilengkapi dengan Deore set atau X5, dengan suspension yang medium end seperti RST or Spinner untuk melengkapkan kayuhan epic ride. Sampai juga…….

Analogy begini, drive Proton tentulah berbeza dengan drive Toyota or BMW, tetapi kereta masih lagi kereta, takkan jadi kapal terbang. Begitu juga dengan MTB, berkayuh on low budget bike tentulah tidak sama dengan top product, walaupun pengalaman berkayuh MTB bukanlah bergantung kepada basikal semata-mata tetapi dengan great bike tentulah mencipta kelainan dalam pengalaman berkayuh. Terpulanglah pada kemampuan…………





My Wedding





Lama Tak Menulis

Lama sungguh tak menulis since cuti kawin dulu dan banyak cerita terkumpul yang belum sempat aku muatkan ke dalam blog ni. Minggu kedua puasa ni agak free sikit, mungkin aku akan cari masa untuk menulis sekitar yang berlaku dalam hidup aku termasuk aktiviti MT Biking.

Demam Virus

Alhamdulillah, after dapat injection dari doctor siang tadi aku dah beransur-ansuar recover. Ruam merah dan bengkak-bengkak di badan dan muka hampir hilang dan mungkin besok aku dah boleh datang opis untuk selesaikan kerja-kerja yang tertangguh. Hampir seminggu aku terkena demam virus yang pada mulanya aku sangkakan demam biasa sahaja. Suhu badan naik mendadak, hilang selera makan, badan sakit-sakit dan lemah. Mujurlah dah berbini untuk menjaga aku, nikmat berumahtangga, thank you dear....

Nasib baik juga bukan terkena , Chikungunya virus bawaan nyamuk yang banyak menyerang di Johor dan Melaka masa ini. Kalau tak sebulanlah aku tak dapat sentuh MTB aku. Chikungunya menyerang saraf dan pengidapnya akan demam teruk dan sakit sendi dalam tempoh yang lama.....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.