Ikhlas

Zainal Abidin

Ikhlas Tapi Jauh

Bila bila kiranya diriku perlu
Hari yang murung
Terdengar nada yang riang ria
Sekali suara meyakinkan jiwa
Kaku langkah mengaguminya
Kaku menerimanya

Selagi bahuku
Memikul bebannya
Selagi hayatku
Merasa siksa
Selama senyuman
Menjadi senyumku
Ku bawa wajahmu
Walau diriku jauh...
Jauh...


Dari tadi aku cuba ungkaikan erti "keikhlasan" dan tiada penyelesaian dalam masalah yang aku sengaja timbulkan. Susahnya untuk diterangkan dalam bentuk patah perkataan yang tersusun bagi memudahkan pemahaman kepada semua yang aku maksudkan. Aku tak pasti apa kamus dewan definisikan, tapi tak mungkin ada perkataan yang mampu menggambarkan perasaan sebenar. Ikhlas itu terbit dari hati, sempurnalah perbuatan yang diiringi keikhlasan, dan sifat yang berlawanan itulah yang merosakkan. Kisah hari ini pembuka cerita.......

Pendaftaran Pelajar Baru

Sehingga jam 4.30 petang tadi seramai 496 orang pelajar baru untuk sesi kemasukan Julai-November 2008 telah mendaftar. Alhamdulillah, walaupun "sistem pendaftaran" agak perlahan tetapi tidak mengganggu keseluruhan proses pendaftaran. Jumlah pelajar Lelaki yang mendaftar pada kali ini lebih ramai berbanding semester sebelum. Ada perkembangan positif nampaknya dan harap tiada pula lelaki yang "bercelaru gender".

Tepat jam 5 nanti aku akan memberikan taklimat kepada pelajar baru berhubung proses pemulangan file peribadi, dan selalunya bila sebut "kena bagi taklimat" badan aku terus mengigil, penyakit lama yang belum sembuh sehingga ke hari ini. Aku inferior...

Ragam khalayak semasa pendaftaran tadi aku tinjau dan kesimpulan aku, mereka beruntung sungguh. Dihantar oleh ibu bapa dengan tautan harapan, berbanding dengan aku dulu yang hanya bertemankan perasaan sendiri.........

Under Pressure

Tertekan sungguh this time around, under pressure betul. Mana satu aku pilih? Kerja or enjoy ride di Kuala Kangsar on 29th June 2008! Pendaftaran Pelajar Baru has been scheduled on 28th June 2008 dan minggu orientasi will start on the next day. Hancur lebur semua impian nak race dengan kawan-kawan. Terfikir juga nak mintak permission kat bos untuk bercuti, tapi bila fikir balik dah nature kerja aku camni terpaksa telan ajerlah. Sudah tanggungjawab nak buat camner lagi. Bertambah pedih lagi nanti bila dengar cerita pengalaman ride kat sana nanti . Aduhhh!!!

Kelantan

Belum sempat selesaikan kerja di pejabat after trip di Langkawi kena outstation lagi dan kali ini ke negeri Tuan Guru, Kelantan. Mesyuarat selama 4 hari ini bermula pada 12-15 Jun 2008 bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu akademik dan pada sesi penggulungan matlamat mesyuarat ini berjaya dicapai. Alhamdullillah, moga perkara yang baik dapat dilaksanakan segera. Tq to Imran n team for ur hospitality!

Mesyuarat yang diadakan di Hotel Renaissance Kota Bharu berkebetulan sama dengan lawatan kerja Pak Lah di Kelantan. Aku dan beberapa rakan mencari peluang untuk bertemu dengan Pak Lah di lobby hotel tetapi pertemuan tidak ada. Manalah tau kalau dapat bersalam dengan Pak Lah untuk mendapat berkat sebelum mengubah gaya hidup…..

Food memang fantastic, tak tertahan lagi nafsu makan.Tapi kali ini aku berjaya mengurangkan nasi di pinggan cuma menambahkan lauk pauk sahaja. Beratlah aku nak kayuh kat Kuala Kangsar nanti, training takder, Cuma training makan ajerlah.


Agaknya Pak Lah pernah tak drive BM ni?


Tok Pa mantan Menteri Pengajian Tinggi.


Nasib baik bukan aku yang kena berkaraoke....

Buah Salak memang favorite aku, ada cerita pasal buah ni yang aku takkan lupa sampai bila-bila. Setiap kali lunch n dinner memang buah ini terhidang depan aku.


Langkawi

Konferensi Pentadbir Universiti ke-14 yang diadakan di Bayview Langkawi pada 4-7 Jun 2008 memang menarik. Program yang telah direncanakan memanglah padat, padat dengan pembentangan kertas kerja dan padat dengan slot-slot yang menipiskan wallet. Dua dalam satu, berkonferen dan bershopping. Mungkin keadaan giler shopping ini berjaya diselamatkan oleh Pak Lah dengan mengumumkan kenaikan harga petrol, menyahut seruan ubah gaya hidup…….

Honestly, ini kali pertama aku jejakan kaki di tanah sumpahan ini dan aku menggunakan sepenuhnya masa senggang yang ada untuk berjalan-jalan disekitar pulau. Bershopping bukan interest utama tapi bukit-bukau yang ada menarik minat aku. Sempat berkunjung di sebuah kedai basikal yang terletak ditengah-tengah bandar dengan harapan kot-kot harga free duty macam barang yang lain tapi bila tengok makin mahal ada lah.

Makanan dihotel memang ummpphh! Sea Food tarikan utama aku, adusshh memang bertambah lah berat badan. Hari yang kedua aku berjaya memagar nafsu makan aku, tapi tangan yang mencedok lauk pauk yang ada tak berjaya ditahan, selagi belum penuh pinggan selagi itu tangan tak berhenti. Lepas ini ubah gaya hidup……….

Permandangan di Jeti Kuala Perlis

Bersama sifu Broadcasting, terima kasih kerana masih ingat student yang terlebih kreatif ni.

Permandangan dari Hotel Bayview, bilik aku mengadap Hutan bukannya Laut!!


Menu yang dicadangkan kepada peserta Kayuhan Jati Diri di KK. Sebelum balik ke KL singgah di Kuala Sepetang menikmati Mee Udang. Memang best dan "Selak Udang Baru Nampak Mee". Price cuma RM10 per plate.




 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.