NEW 2008

NEW SHIMANO SLX 2008

Luv at d first sight! Menarik sungguh. From articles yang aku baca most of them put dis new group set dalam kategori yang higher level untuk FR,AM & DH. Aku cuma mampu tengok dan berangan ajerlah. Kalau equipped kat frame aku tentu aku akan letak dalam cermin untuk pameran only.



Bengkel JPQ UiTM Johor

Jawatankuasa Pengurusan Kualiti (JPQ) UiTM Johor di dalam rencana untuk memenangi AKNC dan seterusnya AKPM telah menganjurkan Bengkel Jawatankuasa Pengurusan Kualiti yang diadakan di Swiss Garden & SPA Damai Laut, Lumut, Perak pada 20 - 22 Februari 2008. Fokus utama yang diberikan di dalam bengkel ini adalah untuk mencetuskan idea yang mapan bagi merancang pelan strategik dan pelan inisiatif di dalam usaha merangkul gelaran pemenang AKNC.Bengkel yang turut disertai oleh semua Ketua Bahagian & Koordinator Program ini memberikan impak awal yang positif dimana semangat juang yang ditunjukkan adalah begitu tinggi melalui nada hujah-hujah yang mahukan kejayaan ini.

Penolong Naib Canselor ,InQka di dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa UiTM Johor berkemampuan untuk berjaya tambahan pula Pengarah UiTM Johor memberikan 100% sokongan untuk mencapai AKNC 2008.


Pengarah menyampaikan cenderamata kepada PNC, InQka



Hampir menitiskan airmata "SUPRISE!!!"


Cantik...

Jawatankuasa Pengurusan Kualiti 2008

Bersama Ketua Bahagian

Bersama peminat, yang tiba2 mengerumuni aku untuk mendapatkan tandatangan....






Story By
HALIMUNAN


Aku Pening...!!!!!

Aku pening.....berserabut bilik aku macam serabutnya kepala ni. Macam-macam nak fikir. Apasal ler kerja tak habis-habis!!








Kalaulah mak aku tau bilik aku macam ni, sure dia datang kemas every week ni. Aduh, tensionnya.



Tahniah buat Rizal & Fatemah

New Comer

Tahniah buat Rizal & Fatemah yang baru dikurniakan cahaya mata. Semoga kehadiran ahli baru ini menceriakan lagi kehidupan bekeluarga dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya. Amin!




Bikin Trails 3

Ahad-10 Febuary 2008, kerja-kerja bikin trails disambung semula after cuti CNY. Laluan teknikal ditanda untuk memudahkan menerangkan kawasan, dan yang penting sebagai tanda supaya tak sesat di dalam hutan ni.


Terkilan, terpaksa menebang anak pokok balak

Farok bergambar bersama anak pokok "Keruin"- farok kata.
-sebelum ditebang-

Laluan menjadi semakin menarik

Daun-daun kering menutupi lorong perlu dibersihkan bila Zuraidi recover from injury last ride.



Kerabat Di-Raja Pai

Memang mantap.....penuh teknikal.

Menguji ramp @ titi yang disiapkan dulu.

Bersedia untuk take-off

Frust bila photographer hanya dapat capture tayar belakang ajer. Ingatkan dapatlah capture gambar tengah fly.

Akibat terlalu ghairah untuk melompat, aku mandi dalam parit ni. Kaki kanan terseliuh, perut bercalar n lengan luka terkena batu tajam. Aduhhh!!!

Lompatan yang tidak menjadi, terbang di udara... basikal dalam semak, aku dalam parit.

Sakit..tapi inilah kepuasan yang aku cari..cari pasal. Serik tapi esok lusa sure nak try lagi.


Hari ini aku sampai opis jam 10.45 pagi, masuk opis control jalan depan staff. Aku tak mau diorang tau aku excident lagi...naik basikal. Malunyer..ikutkan nak ambik MC ajer, bila mengenangkan kerja aku semakin bertambah tiap-tiap hari, gagahkan diri untuk menghadapi hari-hari seterusnya.


Story by : Halimunan



Bikin Trails 2

Khamis- 7 Febuari 2008, Cuti CNY memberikan kesempatan kepada aku n gengs menaiktaraf trail MTB yang dah dirancang akhir tahun 2007.


Perancangan teliti oleh Juru Ukur bahan, Mr Zafifi.

Culvert yang tak sempat disiapkan oleh kontraktor sebelum projek mereka di terminate.


Antara kerabat yang sudi bertandang memberikan sokongan moral untuk projek ramp ini.

Geng Bikin Trails yang kepenatan

Acara paku-memaku dimulakan, engineer projek ramp.

Akhirnya ramp or titi berjaya disiapkan dengan menggunakan kayu yang dikutip disekitar kampus. Walaupun rupa tak beberapa cantik tapi rasanya cukup kukuh untuk menampung berat BDM Farok n Zafifi.




Story by : Halimunan

HEA Juara

UiTM Segamat-Bhgn HEA akhirnya membuktikan kehebatan setelah menjuarai pertandingan Badminton berpasukan diantara Bahagian anjuran Unit Sukan UiTM Johor yang berlansung selama dua hari pada 4 dan 5 Febuari 2008.

Perlawanan akhir yang menyaksikan pertembungan diantara BHEA dan BPP yang mana beregu wanita dimenangi oleh BPP. Beregu lelaki pula dimenangi oleh BHEA dan seterusnya meletakkan pemain perseorangan sebagai penentu kejuaraan.

"Sokongan yang padu dari peminat membuatkan saya semakin teruja untuk menjadi juara" kata Zafifi Muslim setelah berjaya menundukkan jaguh veteran UiTM Johor, Juhari Akdar yang mewakili BPP.


"Yang penting bukanlah siapa yang menjadi juara tetapi semangat berpasukan yang ditunjukkan oleh semua perserta adalah suatu yang terpenting di dalam mengeratkan hubungan diantara Bahagian dan Unit demi kecemerlangan UiTM di masa akan datang" kata Pengarah sewaktu menyampaikan hadiah kepada pemenang.


Pasukan BHEA yang diketuai oleh Hadzir
Bersama Pengarah
JOHAN


Pasukan Bhgn Pengurusan Fasiliti


Pasukan Perpustakaan TTDI
KE-3



Pasukan Pensyarah
KE-3

Juhari Akhdar (BPP)

Wira BHEA


Menerima Cek bernilai RM110



Story by Halimunan

Hari Q 2007

Tahniah kepada semua staf HEA di atas kejayaan memenangi tempat ke-2 (Sudut Kualiti) dan tempat ke-3 (Sudut 5S) di dalam pertandingan sempena Hari Qualiti UiTM Johor 2007 yang diadakan pada 1 Febuari 2008.

Puan Rohani menerima Sijil Anugerah Khidmat 20 Tahun
(Bersama Pengarah UiTM Johor)


Puan Halimahton & Puan Rohani bersama piala kemenangan
(Sudut Q dan 5S)


Pn Azizah menerima sijil penyertaan Koir


Puan Halimahton menerima sijil khidmat 20 Tahun


En Zuraidi menerima anugerah khidmat cemerlang 2007 bagi Bhgn HEA


Rizal & Roslan penerima anugerah khidmat cemerlang 2007

Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua staf yang telah bertungkus-lumus mengemaskini sudut Q dan 5S dan terbukti usaha tersebut bukanlah sekadar ada sahaja.Semoga dengan anugerah dan kemenangan yang diberi dijadikan sebagai satu landasan untuk lebih berusaha di dalam mencapai perkhidmatan yang lebih berkualiti. Bukanlah gah pada nama!




661 MULLET 4 SALE

Pada awalnya aku bercadang nak pakai helmet ni tapi memandangkan aku dah ada 2 helmet, rasanya tak perlulah aku simpan lagi. Market price 4 dis helmet aku tak sure berapa takut aku terletak harga mahal pulak. Kalau aku letak terlebih murah aku pulak yang menyesal. So price will be 20-3o% less than market price. Anyway its always negotiable, i'm not good trader.


Mullet 661 New
One Size Fits All


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.