Hadiah dari Jepun

Uzumaki Naruto

Luqman Khair
DOB : 8 Julai 2009



Luqman, ayah dapat hadiah 'forehead protector' ni dari Uncle Anas, teringin ayah nak pakai. Baru ajer ayah try pakai nak bawak pergi pasar malam semalam, ibu dah mengeleng kepala. Ibu suruh ayah jalan sorang2. Takut pulak ayah jalan sorang2 di pasar malam tu, sesat ayah nanti. Ayah hadiah kan "forehead protector" lambang kekuatan Konoha ini pada Luqman, ayah rasa bila Luqman dah pandai layan kartun nanti, cerita Naruto ni tak habis lagi. Masa tu ayah pun dah segan nak berangan jadi ninja.....




Kayuhan akan bermula...


Aku belum ready untuk ride sejauh ini.......................

Salam Lebaran Buat Semua



Dugaan Ramadhan

Bila membaca artikel "Andai Ini Ramadhan Terakhir" yang aku ambil di masjid dulu, hati bertekad untuk menjadikan Ramadhan tahun ini yang terbaik dalam hidup. Namun untuk melaksanakannya bukanlah semudah memasang niat-perlu ada kesungguhan dan mampu mengatasi halangan dan kekangan. Insaf pada lidah tak memberi apa-apa makna pun. Tinggal 4 hari lagi Ramadhan, aku perlu merebut peluang yang ada-andai ini Ramadhan yang terakhir.

Kerja di office memang memeningkan kepala-kalau dulu aku mampu bagi full commitment terhadap kerja, bila bekeluarga komitment dah berkurang, perlu ada masa untuk keluarga. Sebelah malam bukan lagi masa untuk menaip minit mesyuarat atau siapkan proposal, tapi masa untuk melayan kerenah Luqman. Belum lagi semester hadapan, kelas aku bermula 6-10 malam setiap weekday-aku perlu pandai bahagi masa. MTB mungkin aku korbankan.

Hidup ini satu pilihan dan aku yang menetapkannya.






Tempat Baru

Dari rumah ke UiTM Segamat kira-kira 12km dan perjalanan mengambil masa kurang dari 20 minit. Selalunya aku akan sampai tepat pada masa jika keluar rumah jam 7.30 pagi - kecuali hari luar biasa yang mana keretapi lalu tidak mengikut jadual biasa. Sesak sikit untuk keluar ke jalan utama. 4 tahun aku melalui perkara yang sama dan hari ini aku memulakan suatu yang baru.
Bersambung....
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 XC RIDER |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.